Russia, Ukraine bertukar lebih 200 banduan - Utusan Malaysia

Russia, Ukraine bertukar lebih 200 banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia dan Ukraine hari ini melaksanakan program pertukaran tahanan terbesar antara kedua-dua negara sepanjang konflik yang melanda hampir lapan bulan.

Menurut pegawai dari dua negara itu, pertukaran tersebut membabitkan seramai 218 banduan termasuk 108 wanita Ukraine.

Lapor Al Jazeera, Ketua Turus Presiden Ukraine, Andriy Yermak berkata, terdapat 12 orang awam dalam kalangan wanita yang dibebaskan.

“Satu lagi pertukaran tahanan perang dijalankan secara besar-besaran hari ini.

“Kami berjaya membebaskan 108 wanita daripada tahanan. Ia merupakan pertukaran wanita Ukraine yang pertama,” katanya menerusi Telegram.

Yermak berkata, seramai 37 wanita ditahan selepas tentera Russia menyerbu dan menahan pekerja kilang keluli Azovstal di bandar Mariupol pada Mei lalu.

“Ukraine tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyatnya,” katanya.

Menurut Yermak, beberapa tahanan wanita yang ditukar dalam program itu merupakan ahli keluarga yang pernah ditahan bersama.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan pertukaran banduan itu dengan menyatakan seramai 110 rakyatnya dibebaskan.

Jelasnya, jumlah itu termasuk 72 kru pelaut dari kapal komersial yang ditahan sejak Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya