Russia kerah 300,000 pasukan tentera simpanan - Utusan Malaysia

Russia kerah 300,000 pasukan tentera simpanan

RUSSIA kerah lebih 300,000 pasukan tentera simpanan bagi melindungi bandar Kherson dari ditawan semula tentera Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mengerahkan lebih 300,000 pasukan simpanan ketika  Moscow bergelut untuk mengubah keadaan selepas kekalahan di Ukraine menyebabkan bandar utama selatan Kherson hampir jatuh semula ke tangan Kyiv.

Pengumuman itu dibuat ketika proksi Moscow mengesahkan telah menyelesaikan usaha membawa keluar orang awam dari Kherson selepas tentera Ukraine memulakan langkah menawan semula bandar itu menjelang musim sejuk.

Bandar dengan populasi kira-kira 288,000 orang sebelum pertempuran berlaku, merupakan antara lokasi pertama yang jatuh ke tangan tentera Moscow pada awal Februari lalu.

Usaha menawan semula bandar tersebut dilakukan tentera Ukraine dan bakal menjadi kejayaan besar bagi Kyiv jika ia benar-benar berlaku.

Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu memberitahu Presiden Russia, Vladimir Putin mengenai rekrut terbaharu itu dalam mesyuarat yang disiarkan di televisyen semalam.

Panggilan itu menyaksikan tentera Russia berlari ke sempadan untuk mengelak pertempuran telah mencapai sasarannya.

 Menurut Shoigu, 82,000 rekrut baharu pasukan simpanan itu sudah berada di Ukraine dengan 41,000 daripada mereka dikerahkan ke unit tentera.

Selepas meraih kejayaan besar di timur dan selatan Ukraine, tentera Kyiv bersiap sedia dengan pertempuran sengit untuk merebut semula bandar utama di wilayah selatan Kherson.

Sejak pertengahan Oktober, pihak berkuasa menggesa penduduk Kherson menyeberang ke tebing kiri Sungai Dnipro untuk masuk ke dalam wilayah yang dikuasai Moscow dan lebih dekat dengan wilayah di selatan Russia.

“Kerja-kerja untuk membawa penduduk meninggalkan tebing kiri sungai Dnipro ke kawasan selamat di Russia telah selesai. Lintasan Dnipro kini kosong,” kata Ketua Crimea, Sergei Aksyonov selepas melawat wilayah itu bersama Ketua Domestik Kremlin, Sergei Kiriyenko.

Pegawai Russia di Kherson, Vladimir Saldo mengesahkan sekurang-kurangnya 70,000 orang telah meninggalkan rumah mereka di wilayah itu dalam tempoh seminggu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN