Pukul isteri, Rizky Billar boleh dipenjara lima tahun

Pukul isteri, Rizky Billar boleh dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, penyanyi dangdut Lesti Kejora.

Lapor CNN Indonesia, artis itu boleh didakwa di bawah Pasal 44 Ayat 1, Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 mengenai Keganasan Rumah Tangga.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, jika mempunyai bukti yang mencukupi dan Rizky disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama lima tahun.

Ketika ini, pelakon berusia 27 tahun itu menjalani soal siasat dengan polis dan belum diputuskan sama ada dia akan ditahan untuk pendakwaan atau tidak.

Terdahulu, polis menetapkan Rizky sebagai suspek keganasan rumah tangga susulan Lesti membuat laporan polis yang mendakwa dia dipukul oleh selebriti itu.

Lesti mendakwa Rizky memukulnya selepas dia mengetahui suaminya berlaku curang pada 28 September lalu di kediaman mereka di Cilandak, Jakarta Selatan.

Rizky didakwa memukul, menolak dan mencekik isterinya sehingga wanita itu terjatuh ke lantai.

Terdahulu, rakaman kamera tertutup (CCTV) yang menunjukkan Lesti dibaling dengan bola snuker turut tular dalam media sosial di negara ini.

Menerusi rakaman bertarikh 29 Oktober 2021 itu, Rizky dilihat melemparkan bola snuker ke arah isterinya.

Namun, balingan itu tersasar dan Rizky mengambil semula bola itu lalu membalingnya ke arah kolam renang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya