Penyokong Arema mungkin diharamkan hadir perlawanan akan datang

Penyokong Arema mungkin diharamkan hadir perlawanan akan datang

KELUARGA mangsa menunggu di luar hospital di Malang, Jawa Timur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Kesemua penyokong pasukan bola sepak Arema yang terlibat dalam rusuhan ganas di Stadium Kanjuruhan mungkin diharamkan menghadiri semua perlawanan melibatkan pasukan itu pada masa akan datang.

Penilaian itu dibuat oleh pihak berkuasa Indonesia susulan tragedi berdarah yang berlaku di sini, kelmarin.

Selain itu, langkah tersebut juga bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menangguhkan semula perlawanan dalam liga Indonesia, iaitu BRI Liga 1 selama seminggu susulan insiden rusuhan ganas yang berlaku.

Persatuan itu juga menggantung pasukan Arema daripada melangsungkan perlawanan sepanjang musim dan akan menghantar pasukan penyiasat bagi meneliti punca kejadian.

“Kami amat sedih dengan insiden yang berlaku dan kami memohon maaf kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat,” kata Pengerusi PSSI, Mochamad Iriawan.

Indonesia dijangka menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak dunia bawah 20 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Mei tahun depan di enam stadium di seluruh negara, kecuali Stadium Kanjuruhan.

Antara insiden melibatkan stadium bola sepak yang mendapat perhatian dunia termasuk kejadian pada 1989, menyaksikan 97 penyokong Liverpool maut akibat kemalangan di tempat duduk di Stadium Hillsborough, Britain dan tragedi stadium Port said di Mesir.

Sekurang-kurangnya 74 orang maut dalam rusuhan di stadium tersebut yang berlaku pada 2012.

Pada 1964, seramai 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera apabila rempuhan berlaku di Stadium Kebangsaan Lima semasa perlawanan bola sepak antara Peru dan Argentina untuk kelayakan Olimpik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya