Pemimpin Chechnya gesa Putin guna senjata nuklear di Ukraine

Pemimpin Chechnya gesa Putin guna senjata nuklear di Ukraine

RAMZAN KADYROV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan senjata nuklear di Ukraine selepas tentera negara ini mengalami kekalahan di bandar Lyman.

Kebimbangan turut disuarakan oleh sekutu Putin yang lain mengenai mampukah negara ini memenangi perang di Ukraine jika tidak mempertaruhkan semua kekuatannya, termasuk menggunakan senjata nuklear.

Lapor Newsweek, Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya menyingkirkan askar Russia sepenuhnya di Lyman yang terletak di wilayah Donetsk.

Kementerian Pertahanan Russia turut mengakui pasukan tenteranya sudah berundur demi keselamatan dan akan menyusun semula strategi.

Ramzan yang merupakan ‘antara orang kuat Putin’ menegaskan pemimpin itu perlu segera menggunakan senjata nuklear bagi mengelakkan lebih banyak kekalahan dan kerugian yang bakal berlaku.

“Menurut pendapat peribadi saya, tindakan yang lebih drastik perlu diambil segera, termasuk menggunakan senjata nuklear.

“Abaikan amaran yang dikeluarkan oleh Barat dan Eropah kerana perang tetap tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini,” katanya.

Kemenangan Ukraine di Lyman diperoleh selepas Russia mengiktiraf empat wilayah baharu negara itu menjadi sebahagian daripada Russia, baru-baru ini.

Putin malah berjanji untuk melindungi dan memberi bantuan sepenuhnya kepada empat wilayah tersebut seperti yang dinikmati rakyat Russia.

Empat wilayah itu adalah Donetsk, Kherson, Lugansk dan Zaporizhzhia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya