Pedofilia, gangguan seksual di MRSM Tumpat tidak wujud-Polis Kelantan

Pedofilia, gangguan seksual di MRSM Tumpat tidak wujud-Polis Kelantan

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan Kes pedofilia dan gangguan seksual membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat tidak wujud sebagaimana dakwaan sebelum ini.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati tiada sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian tersebut.

“Siasatan selesai selepas kenyataan daripada kedua-dua pihak diambil dan mendapati tidak ada bukti menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa yang kini berusia 24 tahun.

“Ini berikutan guru yang didakwa itu mempunyai sikap dan kriteria yang baik. Namun, kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, ketika ini polis membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkait dengan satu hantaran yang dibuat menerusi laman sosial.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan penulisan itu dilakukan kerana dendam atau fitnah.

“Mungkin ia melibatkan fitnah atau dendam, tetapi ia masih dalam siasatan,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, seramai 14 individu termasuk guru dan pelajar sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat dekat sini bulan lalu.

Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan guru berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN