KDN muktamadkan perolehan RM600 juta dapatkan 4 helikopter Maritim Malaysia

KDN muktamadkan perolehan RM600 juta dapatkan 4 helikopter Maritim Malaysia

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memuktamadkan proses perolehan empat helikopter bernilai RM600 juta bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perolehan itu sudah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan akhir.

“Selepas itu kita akan buat lawatan ke premis syarikat yang berjaya (peroleh tender) untuk kita bincangkan elemen keperluan pengguna, spesifikasi dan sebagainya,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maritim Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dilaporkan berkata, Maritim Malaysia bakal mendapatkan aset baharu iaitu empat helikopter dan satu kapal induk bertujuan memantapkan operasi pasukan itu khususnya di perairan Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya masih meneruskan rundingan berhubung tawaran US Coast Guard yang mahu menyumbangkan dua kapal perondanya kepada Malaysia.

“Dalam lawatan saya pada September tahun lalu, saya melawat beberapa agensi termasuk US Coast Guard dan ketika itu tawaran dibuat untuk aset yang sekarang diguna pakai mereka.

“Kalau Malaysia ada kesudian, mereka ingin memberikan sumbangan kepada Malaysia sebagai tanda kerjasama. Saya sendiri dihubungi lagi baru-baru ini oleh Duta Amerika Syarikat (AS) yang mengulangi tawaran, memerlukan kita memberikan komitmen secara bertulis,” katanya.

“Mereka (AS) melihat Malaysia sebagai satu negara yang ada elemen boleh mereka pelajari, pertama kerana luasnya kawasan laut kita, kira-kira 590,000 kilometer persegi.

“Kedua, disebabkan kompleksnya ancaman laut (di perairan Malaysia) seperti jenayah dan pelbagai,” katanya.

Ditanya sama ada Maritim Malaysia akan menerima pertambahan anggota susulan penambahan asetnya, Saifuddin berkata, perkara itu akan diberi keutamaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN