Makin ramai rakyat Thailand makan kelawar

Makin ramai rakyat Thailand makan kelawar

PEMBURU mendakwa daging kelawar perlu dimasak sebelum dimakan bagi tujuan keselamatan.-MGR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Trend semakin banyak penduduk Thailand menikmati hidangan kelawar yang dipercayai boleh memulihkan tenaga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pengamal perubatan moden.

Sehubungan itu, pakar perubatan di negara ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya memakan kelawar selepas pemburu mamalia itu mendakwa hidangan haiwan tersebut kononnya bagus untuk kesihatan.

Lapor Thaiger, golongan pemburu menggunakan batang buluh panjang untuk menangkap mamalia itu dan menjualnya dengan harga 100 baht sekilogram (RM12).

Seorang daripada pemburu kelawar, Somchai Wongpanat, 33, menjadi tumpuan media Thailand selepas mendakwa kononya makan kelawar dapat ‘mengembalikan tenaga’.

Lelaki itu bekerja sebagai kontraktor dan memburu kelawar, tikus, ular dan sarang lebah ketika masa lapangnya.

Wongpanat berkata, daging kelawar perlu dimasak sebelum dimakan bagi tujuan ‘keselamatan’.

Kongsinya, daging kelawar sedap dimakan bersama kari merah Thai.

“Kari kelawar adalah hidangan popular dalam kalangan pelanggan. Kelawar juga sedap dimakan dengan ‘nam jim’ iaitu sejenis sos pencicah,” katanya.

Difahamkan, pemburu menangkap beribu-ribu kelawar setiap hari sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, doktor memberi amaran daging kelawar tidak boleh dinikmati dalam apa juga keadaan kerana mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Pakar di Jabatan Perubatan, Universiti Chiang Mai, Dr. Rangsarit Kanchanawanit berkata, kelawar membawa lebih 10,000 virus yang boleh menjangkiti manusia serta mudah menyebabkan pandemik.

Jelasnya, manusia tidak boleh makan daging kelawar mahupun sebarang daging spesies haiwan liar lain.

“Tiga tahun lalu, pandemik berpunca akibat makan daging kelawar sehingga menyebabkan ekonomi seluruh dunia lumpuh.

“Adakah manusia tidak belajar daripada krisis itu? Jika kita tidak mengambil pengajaran daripada tragedi lalu, sememangnya manusia adalah spesies paling bodoh di dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.