Lelaki ambil masa 16 tahun siapkan replika pesawat Perang Dunia Kedua

Lelaki ambil masa 16 tahun siapkan replika pesawat Perang Dunia Kedua

STEVE Markham membina replika Spitfire yang mampu terbang seperti pesawat sebenar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki mengambil masa kira-kira 16 tahun untuk membina sebuah replika sebenar pesawat pejuang yang terkenal semasa era Perang Dunia Kedua.

Lapor Daily Mail, Steve Markham membina replika Spitfire yang mampu terbang seperti pesawat sebenar.

Markam menghabiskan masa selama 11,250 jam membina replika pesawat Britain yang ikonik itu, di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Odiham, Hampshire, sambil dibantu oleh isterinya, Kay.

Markham kini mendapat kebenaran rasmi untuk menerbangkan pesawat buatan sendiri itu.

Pasangan itu merancang untuk melakukan penerbangan pertama melintasi Solent ke Isle of Wight untuk membeli aiskrim.

“Kini, saya mampu menerbangkan pesawat ini ke mana-mana sahaja. Saya boleh pergi ke Scotland selama sehari malah boleh juga bawa isteri bersama.

“Penerbangan pertama adalah ke Isle of Wight untuk membeli aiskrim, kami akan melintasi Solent dan sekitar Isle.

“Mungkin pada suatu hari, kami mahu pergi ke Scotland, jadi itu akan menjadi penerbangan lama yang seterusnya,” katanya.

Menurut Markham, pesawat itu juga mampu melakukan penerbangan tanpa henti sehingga ke Rom, Itali.

“Saya dan isteri bercadang makan tengahari di Itali dan kemudian terbang balik pada hari yang sama,” katanya.

Pesawat bergerak pada 321.8 kilometer sejam (km/j) merupakan replika PL793, peninjau fotografi Spitfire, yang berpangkalan di Tentera Diraja Udara Britain (RAF) Odiham di Hampshire pada tahun terakhir perang.

Markham berkata, dia mula meminati pesawat pejuang terkenal itu selepas menonton filem Reach for the Sky yang mengisahkan biografi juruterbang Douglas Bader.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya