Kyiv diserang dron kamikaze - Utusan Malaysia

Kyiv diserang dron kamikaze

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Beberapa siri letupan menggegarkan Kyiv hari ini, genap seminggu selepas peluru berpandu Russia membedil kawasan jalan raya utama, taman dan pelancongan di ibu negara Ukraine.

Memetik laporan BBC, sekurang-kurangnya lima letupan kuat kedengaran di tengah-tengah ibu negara Ukraine, Kyiv.

Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak mendakwa Russia melancarkan serangan dengan menggunakan dron kamikaze.

“Ia menunjukkan mereka amat terdesak,” katanya yang menyifatkan serangan dron kamikaze sebagai `serangan maut’ Russia.

Beliau juga menegaskan Ukraine memerlukan lebih banyak sistem pertahanan udara dengan secepat mungkin.

Sementara itu, Datuk Bandar Kyiv, Vitalii Klitschko berkata, beberapa bangunan kediaman di kawasan tengah Shevchenkivskiy musnah akibat serangan itu.

Letupan pertama bermula kira-kira pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) disusuli dengan empat lagi kejadian sama berlaku selepas itu.

Dua letupan berlaku berhampiran pusat bandar, dengan bunyi siren dan penggera kereta kedengaran di seluruh kawasan.

Menurut Klitschko, beberapa letupan berlaku di daerah Shevchenkivskiy yang diserang beberapa kali pada minggu lalu.

Katanya, pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian dan menasihatkan penduduk untuk kekal berada di pusat perlindungan serangan udara.

Seminggu lalu, beberapa bandar besar Ukraine ‘dihujani’ peluru berpandu selepas Russia melancarkan serangan udara terbesarnya sejak perang antara dua negara itu bermula Februari lalu.

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala 105 lagi cedera dalam insiden yang mencetuskan bantahan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.