SEOUL: Korea Utara melepaskan tembakan meriam berhampiran sempadan laut Korea Selatan semalam.
Tindakan itu dibuat sehari selepas negara ini memulakan latihan ketenteraan tahunan bagi menangani provokasi Pyongyang dengan lebih baik.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, Korea Utara melepaskan kira-kira 100 peluru di pantai baratnya dan 150 das tembakan di pantai timurnya.
Tegasnya, tentera Korea Selatan turut menyiarkan mesej meminta Korea Utara menghentikan tembakan itu, tetapi setakat ini tiada laporan mengenai keganasan dibuat.
Menurut tentera Korea Selatan, peluru itu tidak mendarat di perairan wilayah Korea Selatan tetapi jatuh di dalam zon penampan maritim yang diwujudkan di bawah perjanjian Korea 2018, bertujuan mengurangkan permusuhan barisan hadapan.
Korea Utara melepaskan tembakan ke dalam zon penampan sejak Jumaat lalu dalam episod pelanggaran langsung yang paling ketara sejak perjanjian 2018.
Tentera Korea Selatan berkata, Korea Utara harus menghentikan provokasi yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.-AGENSI











