BANGKOK: Seorang lelaki sanggup menjalani diet dan senaman tetap untuk menurunkan berat badan bagi mendapatkan alat permainan PS5.
Isteri lelaki itu berjanji untuk membelikannya alat permainan tersebut jika dia boleh menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram.
Demi menyambut cabaran tersebut, Prab Rose mengamalkan kaedah ‘interminttent fasting’ iaitu berpuasa selama beberapa jam dalam sehari.
Lelaki itu mengamalkan diet tersebut selama empat bulan untuk menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram.
Menerusi Facebook, Prab berkongsi garis panduan melakukan puasa tersebut bersama pengikutnya.
Lelaki itu juga memberitahu, isterinya perlu melunaskan janjinya untuk membelikannya PS5.
“Saya sudah berjaya turunkan berat badan 10 kilogram, maka saya berhak dapat alat permainan yang dijanjikan,” katanya.