Isteri bantu suami kahwin kekasih lama - Utusan Malaysia

Isteri bantu suami kahwin kekasih lama

VIMALA bergambar bersama pasangan pengantin baharu, Kalyan dan Nitya Sree pada majlis perkahwinan mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HYDERABAD: Seorang wanita di India membantu suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya selepas mendapat tahu
mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.

Malah, wanita itu juga bersetuju kekasih suaminya tinggal serumah agar mereka bertiga dapat hidup bahagia bersama.

Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku di bandar Tirupati di Andhra Pradesh.

Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan pada mulanya berkahwin dengan wanita bernama Vimala selepas berkenalan
lama di media sosial.

“Kehidupan pasangan itu sangat baik sehingga Vimala mengetahui suaminya pernah bercinta dengan seorang pempengaruh media dari Visakhapatnam.

“Wanita itu baru berpindah ke kawasan perumahan mereka dan cuba berbaik semula dengan Kalyan.

“Namun, daripada cuba memaksa Kalyan meninggalkan Vimala, bekas teman wanita itu mahu hidup bersama keluarga itu,” jelas laporan.

Berdasarkan laporan media tempatan, Kalyan dan bekas teman wanitanya, Nitya Sree berpisah setelah mengalami beberapa
masalah ketika itu.

“Apabila Nitya berpindah ke Tirupati dan berhubung semula dengan Kalyan, mereka menyedari masih mempunyai perasaan
cinta antara satu sama lain.

“Kalyan dan Nitya kemudian merayu kepada Vimala bagi membenarkan mereka berkahwin.

“Vimala pada awalnya keliru, namun selepas mengambil sedikit masa untuk memikirkan isu itu, dia akhirnya bersetuju perkahwinan suaminya dengan bekas kekasih,” jelas laporan itu.

Vimala juga hadir pada majlis perkahwinan suaminya dan turut serta bergambar dengan pasangan pengantin baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya