AS sekat hampir 200 syarikat China sasar kepada Russia

AS sekat hampir 200 syarikat China sasar kepada Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan ratusan sekatan perdagangan baharu yang menyasarkan syarikat-syarikat China dan ia sebenarnya ditujukan kepada Russia.

Jabatan Perbendaharaan AS dilaporkan mengenakan sekatan perdagangan ke atas hampir 200 sasaran syarikat dari negara berkenaan dan Jabatan Negara pula menetapkan lebih 80 sekatan lagi.

Malah, AS dikatakan mengenakan sekatan perdagangan ke atas 20 syarikat yang berpangkalan di China dan Hong Kong berikutan amaran berulang kali dari Washington mengenai sokongan Beijing terhadap tentera Russia.

Ini termasuk semasa lawatan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen dan Setiausaha Negara, Antony Blinken ke negara itu.

Sokongan China terhadap Russia adalah satu daripada banyak isu yang menjejaskan peningkatan hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

“Perbendaharaan secara konsisten memberi amaran bahawa syarikat akan menghadapi akibat yang ketara jika menyediakan sokongan material untuk perang Russia, malah AS mengenakannya hari ini kepada hampir 300 sasaran,” kata Yellen dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jurucakap kedutaan China di Washington, Liu Pengyu berkata, kerajaannya mengawasi eksport artikel dwiguna mengikut undang-undang sambil menegaskan perdagangan normal dan interaksi ekonomi antara China dan Russia adalah berdasarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan prinsip pasaran. 

“Pihak China dengan tegas menentang sekatan unilateral haram AS,” katanya.

Washington dikatakan berusaha untuk mengelak langkah Barat termasuk mengenakan sekatan ke atas firma di China, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jabatan Perbendaharaan AS kelmarin menyekat hampir 60 sasaran yang terletak di Azerbaijan, Belgium, China, Rusia, Turkiye, UAE dan Slovakia yang dituduh membolehkan Russia memperoleh teknologi dan peralatan yang sangat diperlukan dari luar negara.

Langkah itu termasuk sekatan terhadap syarikat yang berpangkalan di China melibatkan barangan yang dieksport untuk pengeluaran dron seperti kipas, enjin dan sensor kepada sebuah syarikat di Russia. 

Jabatan Negara juga mengenakan sekatan ke atas empat syarikat yang berpangkalan di China yang didakwa menyokong pangkalan industri pertahanan Russia.

Syarikat berkenaan menghantar barangan kritikal kepada entiti di bawah sekatan AS di Russia, serta syarikat di Turkiye, Kyrgyzstan dan Malaysia yang didakwa menghantar barangan berkepentingan tinggi kepada Moscow. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN