KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tempoh dua bulan kepada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kelantan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Beliau berkata, buat masa ini tersebut lebih 1,000 individu yang tergolong dalam senarai berkenaan.
“Usaha ini bagi membolehkan mereka keluar daripada senarai miskin tegar yang tidak cukup makan dan sekurang-kurangnya berada dalam senarai miskin.
“Pengarah Jabatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) beritahu dia boleh selesaikan dalam tempoh dua bulan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Raya Madani 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini sebentar tadi.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Anwar memberitahu walaupun ada mempertikaikan usaha itu namun beliau tetap komited dengan perkara tersebut.
Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang komited dalam menyokong usaha ini.
“Jika tidak selesai berkemungkinan saya kena datang sekali lagi,”ujarnya-UTUSAN.










