Hospital beri alasan sudah penuh, wanita lahir anak atas sofa rumah

Hospital beri alasan sudah penuh, wanita lahir anak atas sofa rumah

EILISH McKinney bersama anak sulungnya, Monty yang berusia dua tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dari Northamptonshire, England mendakwa dia terpaksa melahirkan anak keduanya di atas sofa di rumahnya kerana petugas kesihatan di hospital memberitahunya kapasiti di premis berkenaan terlalu penuh.

Eilish McKinney merancang untuk pergi hospital di Peterborough apabila air ketubannya pecah pada 20 September lalu.

Namun, selepas dia dan suaminya menghubungi hospital berkenaan, mereka dimaklumkan unit bersalin sudah terlalu penuh dan tidak mampu mengambil pesakit baharu.

Pasangan itu kemudiannya diminta menunggu panggilan seterusnya dari hospital jika ada wad kosong.

Selepas 40 minit, hospital berkenaan menghubungi McKinney dan memintanya pergi ke hospital lain yang berjarak kira-kira satu jam dari rumahnya.

Namun, McKinney sudah tidak mampu untuk menaiki kenderaan dan memaklumkan kepada suaminya dia akan melahirkan anak mereka di rumah tanpa bantuan bidan mahu pun ubat-ubatan.

Suaminya memberitahu, isterinya hanya menelan dua biji pil tahan sakit dan mula melahirkan anak di atas sofa rumah mereka.

“Saya hanya memberikan sokongan dan memastikan dia tidak mengalami pendarahan yang teruk. Mujurlah semuanya selamat dan anak kami juga sihat,” ujar suaminya.

Sementara itu, seorang lagi wanita turut mengalami insiden serupa lima hari kemudian selepas hospital yang sama menolak kehadirannya atas alasan sudah terlalu penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN