Helikopter terhempas di sempadan China, lima tentera India maut - Utusan Malaysia

Helikopter terhempas di sempadan China, lima tentera India maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lima anggota tentera India terbunuh selepas sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas berhampiran kawasan sempadan yang menjadi pertikaian negara itu dengan China.

Menurut Kementerian Pertahanan, insiden itu merupakan yang kedua seumpamanya berlaku di wilayah itu pada bulan ini.

Helikopter Tempur Ringan (ALH) itu terhempas di selatan Tuting, sebuah kawasan terpencil berhampiran garisan kawalan sebenar yang memisahkan Arunachal Pradesh di timur laut India dan wilayah China.

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan pengawal trafik udara menerima panggilan kecemasan `mayday’ sebelum nahas dipercayai berpunca daripada kegagalan teknikal atau mekanikal.

Jelas kenyataan itu, empat mayat ditemukan dan pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mayat mangsa yang terakhir.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas seorang juruterbang tentera India terbunuh ketika penerbangan rutin membabitkan helikopter Cheetah di Tawang, lebih jauh ke timur di negeri itu.

China dan India terbabit perang besar-besaran pada 1962 untuk merebut kawalan Arunachal Pradesh, yang dituntut Beijing secara keseluruhannya dan menganggap ia sebahagian daripada Tibet. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.