Dicadang kekal neutral hentikan perang, Zelensky 'naik angin' dengan Musk

Dicadang kekal neutral untuk hentikan perang, Zelensky ‘naik angin’ dengan Musk

ZELENSKY dan Elon Musk saling berperang dalam Twitter. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bilionair Elon Musk dilaporkan ‘berperang’ dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam Twitter selepas individu terkaya dunia itu mengusulkan idea bagaimana perang Russia-Ukraine boleh ditamatkan.

Menerusi ciapannya, Musk mencadangkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneliti undian di empat wilayah yang keluar dari Ukraine untuk menyertai Russia.

Katanya, jika benar terdapat unsur penipuan dan paksaan untuk rakyat di empat wilayah itu mengundi keluar Ukraine, maka Russia perlu ‘mengembalikan semula kesemua wilayah itu kepada pemilik asalnya’.

Pengasas Tesla itu juga mencadangkan bahawa Crimea yang dirampas Moscow pada 2014 diiktiraf secara rasmi sebagai wilayah Russia, bekalan air ke Crimea diberi jaminan dan Ukraine perlu kekal neutral.

Musk meminta para pengikutnya supaya mengundi ya atau tidak mengenai cadangannya.

Ciapan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Ukraine, termasuk pemimpinnya.

Sebagai reaksi balas, Zelensky meminta pengikut Twitternya mengundi adakah Musk menyokong Ukraine atau Russia.

Pembantu presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak turut mengecam Musk dengan menegaskan, Russia secara jelas melakukan jenayah perang dan Ukraine sesekali tidak akan mengalah.

Duta Ukraine ke Jerman, Andriy Melnyk pula menggunakan kata cacian kepada Musk berhubung cadangannya.

Selain itu, Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda turut menegur Musk susulan ciapannya.

“Kepada @elonmusk, apabila seseorang cuba mencuri satu daripada tayar kereta Tesla anda, itu tidak menjadikan dia sebagai pemilih sah kenderaan atau tayar tersebut,” tulis Nauseda.

Sementara itu, Musk mempertahankan ciapannya dengan menyatakan beliau tidak kisah jika pengikutnya tidak bersetuju dengan cadangannya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya