Cuit dan rasa kek hadiah ulang tahun TNI, dua anggota polis trafik dipecat - Utusan Malaysia

Cuit dan rasa kek hadiah ulang tahun TNI, dua anggota polis trafik dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANOKWARI: Dua anggota polis trafik di Papua Barat dipecat hanya kerana mencuit dan merasai kek Ulang Tahun Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan merakam aksi itu sebelum berkongsinya di dalam media sosial.

Dua anggota polis tersebut, Daud M Baransano dan Yusril Fahry diarahkan berhenti dalam sidang kod etika yang dilakukan oleh Polis Papua Barat pada Rabu lalu.

“Pihak tertinggi Polis Papua Barat memutuskan dua anggota tersebut dipecat, namun mereka diberi peluang untuk membuat rayuan dalam masa 20 hari,” kata Ketua Hal Ehwal Polis Papua Barat, Adam Erwindi.

Jelas Adam, kedua-dua anggota polis tersebut didapati bersalah melanggar kod etika yang ditetapkan dalam piagam polis negara.

Dalam pada itu, keluarga kedua-dua anggota polis tersebut memohon maaf terhadap insiden yang berlaku.

Mereka memaklumkan, kedua-duanya merupakan anak yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah besar.

Sehubungan itu, keluarga mereka menerusi peguam meminta pihak tertinggi polis Papua Barat dapat meneliti semula keputusan berkenaan.

“Kami sebagai orang tua sudah tentu sedih dengan apa yang berlaku. Kami sedar tindakan yang dilakukan mereka menjatuhkan imej polis dan juga TNI.

“Kami juga tahu, keputusan sudah dibuat, namun kami minta ia diteliti semula kerana anak-anak kami masih muda, masih boleh diberi peluang untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan,” jelas kedua-dua keluarga berkenaan.

Kedua-dua anggota polis tersebut dilaporkan baru bekerja selama tiga bulan sebelum terlibat dalam insiden itu.

Ketika kejadian, kek berkenaan bakal diberikan kepada Komando Daerah Papua Barat, Kasuari sebagai hadiah ulang tahun ke-77 TNI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya