‘Ayah dan ibu saya mati dipijak’

‘Ayah dan ibu saya mati dipijak’

SEORANG penonton dibawa ke tempat selamat selepas kekecohan tercetus di Stadium Kanjuruhan, Malang.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terpaksa menerima hakikat menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur. 

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dikenali sebagai MA itu sendiri menjadi saksi ibu dan ayahnya dipijak-pijak oleh orang ramai yang berlari ke arah pintu keluar stadium selepas keadaan bertukar menjadi panik. 

Bapa saudaranya, Doni berkata, M Yulianton dan Devi Ratna S datang menonton perlawanan bola sepak melibatkan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada malam Sabtu lalu. 

Katanya, MA terpisah dengan kedua-dua orang tuanya ketika kekecohan tercetus selepas pihak polis menembak gas pemedih mata.   

“Yulianton terjatuh dari tempat duduk sehingga mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata. 

“Saat ditemukan, wajahnya sudah semakin membiru dan kepucatan. MA sempat menjerit dan meminta bantuan pihak polis untuk menolong ibu dan ayahnya yang dipijak-pijak orang ramai.

“Namun, polis hanya sempat menyelamatkan MA sahaja ketika itu,” katanya lapor Tribunnews.  

Doni berkata, anak saudaranya masih trauma kerana melihat ibu bapanya sendiri dipijak-pijak penonton lain.  

“Waktu gas pemedih mata dilepaskan, saya hanya berfikir untuk menyelamatkan anak-anak dan kami sempat berlari ke arah pintu keluar.

“Namun, usaha saya untuk masuk semula ke dalam stadium bagi menyelamatkan abang dan kakak ipar gagal selepas terlalu ramai penonton yang merempuh untuk keluar dari pintu,” katanya.    

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya