Angka korban letupan bom di Kabul meningkat kepada 35 orang - Utusan Malaysia

Angka korban letupan bom di Kabul meningkat kepada 35 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan.

“Jumlah individu terkorban akibat serangan itu meningkat kepada 35 orang manakala seramai 82 orang cedera dalam kejadian letupan tersebut,” kata misi PBB dalam kenyataan.

Setakat ini, polis Kabul mengesahkan seramai 20 orang maut dan 27 lagi cedera dalam letupan itu.

Tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku di Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj.

Semalam, seorang pengebom berani mati melancarkan serangan ketika ratusan pelajar sedang mengambil peperiksaan di dewan pusat pendidikan itu yang terletak di daerah Dasht-e-Barchi, barat Kabul.

Letupan itu berlaku di kawasan kejiranan Dasht-e-Barchi yang mana majoriti penduduknya merupakan umat Islam Syiah, iaitu penempatan bagi komuniti minoriti Hazara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya