50 tahun nahas pesawat di Andes: Kami terpaksa jadi kanibal

50 tahun nahas pesawat di Andes: Kami terpaksa jadi kanibal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Andes 1972 mengimbas kembali pengalaman pahit dilalui dan langkah drastik diambil untuk terus hidup termasuk terpaksa menjadi kanibal akibat tiada pilihan lain.

Lapor Mirror, seramai 16 penumpang terselamat selepas sebuah pesawat yang membawa pasukan pemain amatur ragbi dan penyokong terhempas di banjaran pergunungan Andes dalam keadaan sejuk melampau.

BEKAS pemain ragbi, Roy Harley yang terselamat dalam tragedi Andes menunjukkan gambar pesawat Fairchild F-227 yang terhempas di pergunungan Andes. – EPA

Mangsa terselamat berkumpul untuk memperingati ulang tahun ke-50 peristiwa mengerikan itu yang digelar sebagai Miracle in the Andes.

Kisah tragedi penerbangan Uruguay 571 diabadikan dalam buku berjudul Alive: The Story of the Andes Survivors.

Buku hasil tulisan Piers Paul Read itu kemudian difilemkan pada tahun 1993.

Mangsa bernama Carloz Paez menceritakan pengalaman dilalui oleh mereka di kawasan pergunungan dipenuhi salji dan suhu sejuk beku selama beberapa bulan serta terpaksa makan mayat penumpang lain untuk terus hidup.

“Saya pernah menerbangkan pesawat sejauh kira-kira 9.65 juta kilometer menerusi American Airlines.

“Bagaimanapun, saya rasa serba salah untuk menceritakan kisah ini selama-lamanya,” katanya kepada Sunday Times.

Pesawat terbabit membawa seramai 45 penumpang termasuk pasukan ragbi Old Christians Club Montevideo dan penyokongnya pada 13 Oktober 1972

Ketika kejadian, pihak berkuasa berkata, juruterbang yang menerbangkan pesawat terkeluar dari laluan semasa keadaan kabus tebal sebelum terhempas ke pergunungan Andes.

Seramai 12 orang maut dalam nahas itu serta 17 lagi meninggal dunia akibat kecederaan dan sesak nafas ketika runtuhan salji beberapa hari kemudian.

Mangsa terselamat terpaksa makan mayat penumpang yang sudah meninggal dunia selepas seorang pelajar perubatan, Roberto Canessa mencadangkan mereka berbuat demikian untuk terus bertahan.

“Sudah tentu, idea makan daging mayat penumpang lain adalah amat menjijikkan malah sukar untuk menelan, tetapi kami tiada pilihan lain.

“Matlamat kami adalah untuk terus hidup dan kami kehabisan pilihan kerana tiada tumbuh-tumbuhan atau kehidupan haiwan yang dijumpai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya