Wanita tidak sedar buah pinggang dijual sejak empat tahun lalu

Wanita tidak sedar buah pinggang dijual sejak empat tahun lalu

RANJITA Kundu mendakwa suaminya menjual satu daripada buah pinggangnya secara senyap-senyap. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita di Malkangiri, India mendakwa suaminya menjual satu daripada buah pinggangnya tanpa kebenarannya atas alasan perubatan.

Kejadian itu menimpa wanita berusia 31 tahun yang bernama Ranjita Kundu, pada tahun 2018.

Namun, Ranjita hanya tampil melaporkan jenayah dilakukan suaminya, Prasant Kundu dan kakak iparnya di balai polis Malkangiri, baru-baru ini kerana baru menyedari satu daripada buah pinggangnya tiada.

Menurut Ranjita, dia baru menyedari perkara itu selepas berjumpa dengan pakar perubatan kerana mengalami sakit perut.

Berdasarkan hasil pemeriksaan, Ranjita mendakwa satu daripada buah pinggangnya didapati tiada sebelum mengesyaki suaminya menjual organ itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

Ranjita mendakwa suaminya memasukkan dia ke sebuah hospital swasta di Bhubaneswar selepas didiagnosis mengalami masalah batu karang dan memerlukan pembedahan segera pada 2018.

“Dia menjual satu daripada buah pinggang saya tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.

“Saya tidak tahu mengenai kejadian itu kerana telah diberikan ubat bius,” katanya.

Menurut Ranjita, suaminya merupakan warga Bangladesh dan menetap di kampungnya sebagai warga asing.

Mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua orang anak.

“Lapan bulan lalu, suami saya pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan sudah berkahwin dengan wanita lain di sana.

“Kakak ipar bersubahat dengan suami saya dalam semua keputusannya dan menyeksa saya.

“Dia sudah meninggalkan saya dan anak-anak, kini saya tinggal bersama ibu bapa dan saya menuntut keadilan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN