LONDON: Majlis persemadian Ratu Elizabeth II sudah bermula dengan upacara keagamaan diadakan di hadapan ribuan tetamu di Westminster Abbey.
Westminster Abbey merupakan gereja bersejarah yang pernah mengadakan pelbagai upacara diraja termasuk menabalkan Raja dan Ratu Britain.
Keranda Ratu Elizabeth II yang dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland dan dihiasi mahkota Imperial State Crown, akan dibawa ke Istana Windsor dengan pedati diraja.
Ratusan pemimpin dan ketua negara termasuk semua bekas perdana menteri Britain dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron hadir pada upacara itu.
Ratusan ribu penduduk berbaris di sepanjang ibu kota untuk menyaksikan perarakan dan memberi penghormatan terakhir kepada ratu tersayang mereka.
Perjalanan terakhir membawa keranda mendiang melalui sekitar jalan yang di London sebelum dibawa ke Istana Windsor untuk upacara seterusnya.
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Aberdeenshire di Scotland pada minggu lalu. -AFP/ AGENSI