Sheikh Yusuf Al-Qaradawi inspirasi revolusi Mesir

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi inspirasi Revolusi Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat.

Ketika itu, seorang ulama berpengaruh berucap di atas pentas dengan penuh keberanian pada tanggal 18 Februari 2011.

“Jangan biarkan sesiapa merampas revolusi daripada anda. Mereka yang hipokrit akan menjadi talam dua muka.

“Revolusi belum berakhir, ia hanya baru bermula untuk membina Mesir yang baharu,” kata Yusuf al-Qaradawi yang meninggal dunia di Qatar ketika berusia 96 tahun, Isnin lalu.

Tujuh hari sebelum peristiwa itu, Pemimpin Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan selepas gelombang protes yang menentang pentadbirannya sejak berdekad-dekad lamanya.

Penghujung tahun itu, Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik gerakan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan memenangi jumlah kerusi terbesar semasa Pilihan Raya Parlimen pertama negara yang telus.

Sejurus itu, Mohamed Morsi diangkat sebagai Presiden Mesir.

Sebagai ideologi paling menonjol yang dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin, Sheikh Yusuf merupakan individu penting semasa peristiwa yang menggemparkan dunia.

Tokoh Pemikir Islam itu akan dikenang sebagai aktivis sarjana Muslim global yang pertama dan mungkin yang terakhir.

Pendekatan yang digunakan oleh cendikiawan ini terhadap undang-undang Islam yang menggabungkan keilmuan dan aktivisme politik serta kebolehan menyampaikan idea dalam bahasa yang mudah difahami membolehkan beliau mempunyai jutaan pengikut.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya