Rakyat Sri Lanka mahu Rajapaksa dihukum kerana tuduhan rasuah

Rakyat Sri Lanka mahu Rajapaksa dihukum kerana tuduhan rasuah

POLIS melepaskan semburan air bagi menyuraikan peserta protes yang mendesak peletakan jawatan Rajapaksa, Julai lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Gotabaya Rajapaksa yang hidup sebagai pelarian di Thailand akan diberikan perlindungan keselamatan sebagai bekas Presiden sejurus ketibaannya di Sri Lanka, semalam. 

Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, pihak kerajaan sudah mengenal pasti sebuah kediaman di tengah Colombo untuk didiami Rajapaksa. 

Namun, belum pasti sama ada Rajapaksa akan terus dihantar ke sana atau fasiliti ketenteraan yang lebih selamat.  

Rajapaksa menaiki penerbangan Singapore Airlines dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike, Colombo. 

Beberapa menteri Sri Lanka dilaporkan turut mengiringi Rajapaksa di lapangan terbang. 

Kepulangan Rajapaksa di negara ini merupakan isu sangat sensitif bagi kerajaan baharu kerana mereka tidak mahu lebih banyak protes berlaku serta memastikan keselamatan dirinya. 

Seorang pemimpin protes terkenal, Jeewantha Peiris berkata, dia tidak menghalang kepulangan Rajapaksa ke negara ini kerana baginya mana-mana rakyat berhak pulang ke negara asal mereka.

“Rakyat protes di jalanan kerana tuduhan rasuah terhadap kerajaan pimpinannya. Kami tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadapnya,” katanya. 

Aktivis, Rajeev Kanth berkata, dia akan cuba menghalang sebarang percubaan yang mahu Rajapaksa menyertai kembali politik atau kerajaan. 

“Selepas kepulangannya, kita mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya atas kesalahan yang dilakukan sebagai Presiden serta kes terhadap abangnya, Mahinda Rajapaksa,” katanya. 

Kemelut politik dan ekonomi Sri Lanka menjadi huru-hara pada April lalu, selepas negara itu kehilangan bekalan elektrik selama 13 jam iaitu gangguan bekalan paling lama pernah direkodkan.

Rajapaksa dituduh gagal menguruskan ekonomi negara pulau itu sehingga kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import penting, sekali gus membawa kepada kesukaran teruk untuk 22 juta penduduknya, dengan empat daripada lima rakyat Sri Lanka terpaksa mengikat perut.

Dalam beberapa minggu lalu, kerajaan sudah menyalurkan bekalan minyak khusus kepada kenderaan berdaftar dengan kod QR. 

Walaupun minyak sudah boleh dibeli di stesen minyak, namun permintaan bahan mentah tersebut masih tinggi sehingga pengguna terpaksa beratur panjang di beberapa stesen. 

Makanan asas utama sudah mula dijual di kedai, namun rakyat berdepan harga tinggi susulan inflasi melonjak sekitar 65 peratus.-BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN