Cklamovski pertahan keputusan bawa Junior

Cklamovski pertahan keputusan bawa Junior

Peter Cklamovski mempertahankan keputusannya memanggil Junior Edstal menggalas cabaran menghadapi Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mempertahankan keputusannya memanggil Junior Edstal bagi menggalas cabaran menghadapi Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac ini.

Cklamovski menyenaraikan pertahanan berpengalaman itu walaupun Junior masih belum membuat penampilan dalam kempen Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini.

Pengendali dari Australia itu berkata, pengalaman serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Junior menjadikannya pemain berharga dan tidak semua mampu memilikinya.

“Saya fikir itu adalah perdebatan biasa mengapa Junior diambil dan saya menerimanya. Namun, bukan sesuatu yang luar biasa untuk membawa pemain berpengalaman ke dalam kumpulan, seperti yang dilakukan oleh banyak pasukan kebangsaan.

“Apa yang dibawa dari sudut kepimpinan amat bernilai. Itu adalah sesuatu yang tidak selalu boleh diukur tetapi ia merupakan faktor penting untuk memilih skuad dalam situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Cklamovski menjelaskan tempat untuk beraksi bersama Harimau Malaya masih terbuka namun setiap pemain perlu membuktikan diri mereka layak dipilih.

“Pemain kena terus bermain dengan baik. Mereka perlu berusaha keras. Mereka perlu meningkatkan corak permainan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan kemudian mereka benar-benar berbaloi untuk dipilih,” katanya.

Skuad kebangsaan kini melakukan persiapan di Thailand sebelum berlepas ke Nam Dinh, Vietnam pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×