Protes kematian Mahsa Amini merebak ke Eropah

Protes kematian Mahsa Amini merebak ke Eropah

PENUNJUK perasaan menyertai protes berhubung kematian wanita Iran, Mahsa Amini yang didakwa dipukul polis ketika dalam tahanan sehingga maut di Paris, Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Protes terhadap kematian wanita Iran yang didakwa dipukul polis ketika ditahan akibat kesalahan pemakaian tudung kini merebak ke Eropah.

Situasi terbaharu itu menyaksikan polis bertempur dengan penunjuk perasaan di London dan Paris yang cuba merempuh masuk ke Kedutaan Iran di negara masing-masing.

Bagi meredakan keadaan, polis Perancis melepaskan gas pemedih mata dengan anggota antirusuhan dikerahkan bagi mengawal situasi.

Di London, polis memaklumkan lima anggota keselamatan cedera akibat bertempur dengan penunjuk perasaan sehingga ada yang mengalami patah tulang.

Polis memaklumkan, penunjuk perasaan turut membaling mereka dengan batu, botol dan objek berat sehingga menyebabkan kecederaan.

Selain itu, penunjuk perasaan juga cuba merempuh sekatan yang diletakkan di sekitar bangunan Kedutaan Iran di London.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan di Paris dilaporkan berkumpul untuk hari kedua berturut-turut bagi menzahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap kematian Mahsa Amini.

Protes itu didakwa dilakukan bagi menunjukkan solidariti kepada protes yang berlaku di Iran yang sehingga kini sudah meragut 41 nyawa.

Menerusi kenyataan, polis Perancis memaklumkan, sejumlah kumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan jalan raya yang didirikan berhampiran Kedutaan Iran.

“Dianggarkan 4,000 penunjuk perasaan berhimpun dan merusuh sehingga ada anggota polis cedera,” jelas kenyataan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.