JAKARTA: Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak mendedahkan golongan pelajar dan suri rumah paling banyak menjadi mangsa penderaan domestik pada tahun lalu.
Ketua Biro Data dan Maklumat kementerian tersebut, Lies Rosdianty berkata, penderaan domestik pada tahun lalu menyasarkan golongan wanita yang tidak bekerja, termasuk pelajar sekolah dan universiti.
Katanya, kes keganasan domestik melibatkan wanita yang bekerja masih rendah.
“Data yang kita peroleh masih belum dapat menjelaskan mengapa golongan itu sering menjadi sasaran keganasan domestik.
“Mungkin juga ia mempunyai kaitan dengan ekonomi sesebuah keluarga sehingga mencetuskan penderaan domestik,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Dalam pada itu, Lies memaklumkan, mangsa kekerasan domestik yang direkodkan kebanyakannya berusia antara 13 hingga 44 tahun.
“Jika kita kaji data yang diperolehi, 59 mangsa keganasan domestik adalah golongan kanak-kanak, terutamanya pelajar sekolah rendah dah menengah,” ujarnya.