Misi Artemis: NASA 'akui' sukar lancarkan roket

Misi Artemis: NASA ‘akui’ sukar lancarkan roket

BEBERAPA jurufoto mengemas barangan mereka selepas roket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas dalam program Artemis 1 gagal dilancarkan susulan masalah teknikal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Selepas dua kali gagal melancarkan roket terbaharu yang bakal menjadi kayu pengukur keupayaan negara ini untuk memulakan kembali misi ke bulan, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengakui program tersebut ‘tidak pasti dapat dilakukan’.

Jurucakap NASA, Jim Free berkata, program Artemis 1 itu kini ‘dihentikan buat sementara waktu’ dan cubaan pelancaran mungkin dilakukan semula pada 19 September hingga 4 Oktober ini atau 17 hingga 31 Oktober.

Katanya, proses pelancaran roket itu akan bergantung sepenuhnya kepada pilihan yang ditentukan pasukan Artemis pada minggu depan.

Jutaan orang ramai menunggu untuk menyaksikan pelancaran roket itu pada minggu lalu, dengan puluhan ribu pengunjung berhimpun di kawasan pantai di Florida bagi melihat detik bersejarah pelepasan Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) dalam misi ke bulan.

Namun, impian mereka terbantut apabila NASA mengesan kebocoran cecair hidrogen pada struktur roket berkenaan, sekali gus membatalkan pelancarannya.

Cubaan pelancaran kali kedua juga dibatalkan sekali lagi selepas pasukan jurutera mengesan kebocoran minyak dan masalah pengesan yang menunjukkan satu daripada empat enjin roket berkenaan dalam keadaan terlalu panas.

“Roket ini merupakan kenderaan baharu dengan teknologi baharu. Bukan mudah untuk menangani masalah yang berlaku, namun kami tetap akan mencuba untuk melancarkan SLS,” kata pentadbir NASA, Bill Nelson.

Dalam pada itu, NASA memberi jaminan, mereka akan maklumkan perkembangan terkini mengenai program tersebut pada minggu akan datang.

Usaha pelancaran pada Oktober juga dijangka berdepan kesukaran apabila sejumlah angkasawan bakal menggunakan Pusat Angkasa Lepas Kennedy untuk berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antrabangsa (ISS). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN