Lelaki terkejut subang yang hilang 5 tahun lepas tersangkut dalam paru-paru

Lelaki terkejut subang yang hilang 5 tahun lepas tersangkut dalam paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OHIO: Seorang lelaki yang menyangka dia menghidap radang paru-paru terkejut apabila mendapati subang yang ditindik di hidungya sejak lima tahun lalu ‘terangkut’ dalam anggota badannya.

Joey Lykins dari Cincinnati mula mengalami batuk teruk pada suatu malam sehingga merasakan ada sesuatu yang menghalang saluran pernafasannya.

Sejak itu, dia kerap terbatuk-batuk sehingga badannya mula sakit, selain sukar bernafas dan mengesyaki dirinya mengalami masalah pernafasan yang serius.

Lykins menjalani pemeriksaan sinar-X di hospital dan doktor menunjukkan imbasan objek kecil yang berpintal dalam paru-parunya.

Ketika itu, dia mula menyedari ia adalah subang yang hilang sejak bertahun-tahun lalu dan tidak pernah menyangka ia akan berada di dalam paru-parunya.

“Doktor menunjukkan gambar sinar-X kepada saya dan bertanya sama ada ini kelihatan biasa.

“Tiba-tiba, saya teringat subang itu pernah hilang dan saya puas mencari di merata tempat, rupanya tersangkut dalam paru-paru saya,” katanya lapor Oddity Central.

Katanya, subang di hidungnya tertanggal dan termasuk ke saluran pernafasannya sehingga tersangkut di bahagian kiri paru-parunya.

Selepas mengenal pasti objek asing itu, lelaki itu perlu menjalani pembedahan kecemasan dan melakukan bronskopi bagi mengeluarkan subang tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya