Lelaki jadi terkenal selepas berkaki ayam selama setahun

Lelaki jadi terkenal selepas berkaki ayam selama setahun

GEORGE Woodville menemukan cara menjana pendapatan dengan berkaki ayam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berusia 20 tahun di England menjadi sensasi di media sosial setelah membuat keputusan untuk berkaki ayam sepenuhnya.

Lebih setahun lalu, George Woodville dari Cambridge dikatakan memakai kasut hampir sepanjang masa walaupun semasa berada di dalam rumah.

Namun, pada Oktober tahun lalu ketika bercuti bersama keluarganya di Plymouth, Woodville mula mempersoal keperluan memakai kasut sehingga merancang untuk berkaki ayam sepenuhnya.

Woodville membuat carian di internet mengenai manfaat berkaki ayam dan memutuskan untuk tidak memakai kasut selama-lamanya.

Sejak itu, katanya, dia berkaki ayam ketika mahu pergi ke bar, restoran, pasar raya dan juga kelab malam.

Malah, dia juga sudah membuang semua kasut dimilikinya selepas pulang dari percutian di Plymouth.

Hampir setahun kemudian, Woodville bukan hanya berpegang pada keputusannya malah turut menemukan cara untuk menjana pendapatan dengan berkaki ayam.

Woodville membuka laman OnlyFans mengenai kaki selepas menerima banyak mesej peminat di TikTok yang meminta `gambar kakinya’ setelah mula memuat naik pengembaraan berkaki ayam di aplikasi itu.

“Ia amat menakjubkan apabila mendapat tahu `kaki saya’ boleh menjana pendapatan.

“Saya harap boleh menjadi jutawan dan saya yakin mampu meraih pendapatan demikian dalam tempoh lima tahun atau lebih yang akan datang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya