Kutuk Kalimantan Timur tempat 'buang jin', aktivis dipenjara 7 bulan

Kutuk Kalimantan Timur tempat ‘buang jin’, aktivis dipenjara 7 bulan

EDY MULYADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aktivis politik, Edy Mulyadi dihukum penjara tujuh bulan dan 15 hari selepas didapati bersalah kerana menyebarkan maklumat tidak benar sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai pembinaan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur.

Edy menyifatkan Kalimantan Timur sebagai ‘tempat membuang jin‘ dan menggambarkan wilayah itu tidak sesuai dijadikan ibu negara baharu Indonesia.

Hukuman penjara terhadap Edy diputuskan oleh ketua hakim, Adeng AK ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri di Jakarta Pusat, semalam.

Hukuman tersebut disifatkan ‘terlalu ringan’ memandangkan pendakwa raya sebelum ini memohon supaya Edy dihukum penjara selama empat tahun.

Dalam kes tersebut, Edy didapati bersalah melanggar Fasal 15 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1946 mengenai Peraturan Hukum Penjenayah.

Hakim turut menyatakan kenyataan yang dibuat Edy mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menjejaskan persepsi mereka terhadap usaha kerajaan dalam meningkatkan kemajuan negara.

Hakim juga memberitahu, Edy hanya dihukum penjara selama tujuh bulan kerana menunjukkan sikap yang baik sepanjang ditahan, selain mempunyai tanggungan keluarga.

Terdahulu, Edy menerusi pelbagai video yang disiarkan dalam YouTube aktif mengkritik keputusan kerajaan untuk membangunkan ibu negara baharu di Kalimantan Timur yang dikenali sebagai Nusantara.

Edy turut menyamakan penduduk di wilayah itu dengan ‘hantu puntianak’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN