Golongan asatizah perlu dampingi LGBT dengan berhemah

Golongan asatizah perlu dampingi LGBT dengan berhemah

BEBERAPA mak nyah kelihatan di Kathmandu, Nepal.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Golongan asatizah perlu diberi latihan dalam menangani isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan trasngender (LGBT) agar tidak menimbulkan salah faham dan memecahbelahkan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd, Muhammad Tarmizi Abdul Wahid berkata, golongan asatizah juga perlu menjadi contoh utama kerana masyarakat sentiasa melihat tingkah laku dan respons mereka terhadap isu-isu seperti ini.

Jelasnya, mereka juga berperanan mendekatkan golongan LGBT dengan agama dan keluarga.

“Adakah kita akan membuatkan mereka lebih jauh daripada kita? Lebih jauh daripada keluarga, agama, atau kita yang menjadi penyebab mereka dapat berpegang dengan nilai murni.

“Ini penting kerana dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan keadaan tenang dan masih berpegang dengan akidah dan agama mereka. Isu ini sangat rumit. Ada orang yang mungkin melihat sebagai satu dimensi sahaja.

“Sebenarnya ada aspek lain seperti sosial, psikologi, nilai agama dan banyak lagi. Jadi, kita perlu berhemah dan berhati-hati supaya tidak silap dalam membantu masyarakat agar terus kuat dan tidak berpecah-belah akibat isu ini,” katanya lapor berita.mediacorp.

Muhammad Tarmizi yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mizi berkata, adalah penting golongan LGBT tidak dipinggirkan dalam apa juga bentuk tindakan.

“Antara perkara saya rasa amat penting adalah membuatkan mereka sentiasa rasa selamat dan tidak berdepan stigma.

“Kita juga ingin menjaga dan memastikan apabila mereka datang kepada kita untuk bertanyakan soalan atau masalah yang mereka hadapi, mereka tidak akan rasa seperti diancam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya