Empat kanak-kanak ditahan rogol remaja perempuan berusia 13 tahun - Utusan Malaysia

Empat kanak-kanak ditahan rogol remaja perempuan berusia 13 tahun

MANGSA yang berusia 13 tahun dirogol keempat-empat suspek di kawasan taman di Jakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Empat suspek yang ditahan kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih dibawah umur.

Kesemua suspek tersebut berusia antara 11 hingga 13 tahun dan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Cipayung, Jakarta Timur.

Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Wibowo berkata, keempat-empat suspek akan dimasukkan ke pusat pemulihan tersebut selama enam bulan.

“Sehingga kini, keempat-empat suspek itu masih dalam tahanan reman dan mereka tidak akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sehingga selesai proses pemulihan.

“Sebab utama mengapa mereka tidak dihantar pulang kerana keadaan keluarga masing-masing tidak berada dalam keadaan yang baik.

“Kesemua suspek bawah umur itu berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, keempat-empat suspek juga dilaporkan sudah lama berhenti sekolah.

Kes itu bermula apabila kesemua suspek berkenaan yang didakwa mengenali mangsa merogolnya di sebuah kawasan taman ketika berjalan pulang ke rumah.

Polis memaklumkan, seorang daripada suspek pernah menaruh perasaan pada mangsa, namun tidak dilayan, menyebabkan mereka nekad untuk merogolnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya