Malaysia tidak tertekan, yakin beri cabaran - Utusan Malaysia

Malaysia tidak tertekan, yakin beri cabaran

MUHAMMAD Syukri Talib (depan, kiri) dalam sidang akhbar pasukan yang menyertai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada tekanan dirasakan pemain hoki negara apabila turun bersaing dalam kejohanan hoki jemputan antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini mulai esok.

Penolong jurulatih, Muhammad Syukri Talib yakin skuad negara tidak punyai masalah untuk menyaingi lima pencabar lain.

“Pemain negara sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan ini walaupun menggalas tugas berat mempertahan gelaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Muhammad Syukri, Malaysia dalam proses pembinaan pasukan menyaksikan gandingan tenaga pemain muda dan pemain senior.

Katanya, tiada tekanan dirasai pemain dan kehadiran pemain senior akan membantu mempercepatksn proses penyerapan kemahiran dan ilmu.

“Persekutuan hoki Malaysia (MHC) sudah nembuat pemilihan teliti skuad 18 pemain ke PSAS edisi ke-30 .

“Saya yakin kita mampu memberi cabaran kepada pencabar lain seperti New Zealand, Korea dan Jepun,” ujarnya.

Muhammad Syukri berharap penyokong tempatan dapat menyemarak semangat pasukan negara dalam kempen mereka nanti

“Penyokong memainkan peranan penting. Sokongan padu mereka memang diperlukan untuk menyemarak semangat pasukan,” tambahnya.

Malaysian Tigers membuka kempen bertemu Pakistan esok diikuti Kanada pada Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×