Dinosaur tertua Afrika ditemukan di Zimbabwe

Dinosaur tertua Afrika ditemukan di Zimbabwe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Saintis menemukan fosil-fosil dinosaur tertua Afrika di Zimbabwe yang hidup lebih 230 juta tahun lalu.

Lapor BBC, Mbiresaurus Raathi berketinggian satu meter, mempunyai dua kaki dan leher panjang dan gigi bergerigi.

Saintis berkata, haiwan itu adalah spesies sauropodomorph yang mempunyai kaitan dengan sauropod.

Rangka dinosaur itu ditemukan semasa dua ekspedisi pada 2017 dan 2019 di Lembah Zambezi.

Timbalan Pengarah Muzium Negara dan Monumen Zimbabwe, Darlington Munyikwa berkata, penemuan itu dijangka memberi lebih banyak penerangan tentang evolusi dan penghijrahan dinosaur awal.

“Apabila kita bercakap tentang evolusi dinosaur awal, fosil dari zaman Triassic jarang berlaku.

“Fosil dari era yang berakhir lebih 200 juta tahun lalu, ditemukan di Amerika Selatan, India dan Zimbabwe,” katanya.

Munyikwa berkata, Zimbabwe mengetahui tentang fosil lain di kawasan itu sejak beberapa dekad dan terdapat lebih banyak tapak yang memerlukan penerokaan lanjut di kawasan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.