Dilucutkan jawatan atau dikekalkan, nasib PM Thailand diketahui hari ini - Utusan Malaysia

Dilucutkan jawatan atau dikekalkan, nasib PM Thailand diketahui hari ini

PRAYUTH CHAN-O-CHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini akan memutuskan sama ada jawatan perdana menteri yang digantung, Prayut Chan-O-Cha, boleh berkhidmat semula atau dilucutkan secara kekal.

Bantahan besar-besaran dijangka berlaku sekiranya keputusan mahkamah itu akan memihak kepada beliau, yang kini masih memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Bekas ketua tentera itu berkuasa sewaktu rampasan kuasa tentera pada 2014 dan dia digantung jawatan Perdana Menteri bulan lalu.

Penggantungan itu dibuat supaya mahkamah boleh meneliti ‘kebanjiran’ cabaran undang-undang dikemukakan parti pembangkang mempertikai tempoh pentadbiran Prayut yang didakwa melebihi had kuasa.

Mengikut Perlembagaan Thailand 2017, seorang perdana menteri tidak boleh berkhidmat melebihi tempoh lapan tahun, namun penyokong Prayut dan pengkritiknya tidak bersetuju dengan tarikh bila tempoh kuasanya bermula.

Susulan pertikaian itu, keputusan mahkamah yang dijangka diumumkan pada jam 3 petang ini dilihat sebagai jalan penyelesaian.

Penyokong Prayut berhujah tempoh jawatannya bermula apabila Perlembagaan 2017 digubal, malah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2019, di mana beliau ketika itu kekal berkuasa kerana peruntukan Perlembagaan tentera, disifatkan pengkritik sebagai memberi kelebihan kepadanya.

Jika mahkamah bersetuju, beliau boleh terus berkhidmat sehingga 2025 atau 2027, namun bergantung pada PRU akan datang, yang mesti diadakan dalam tempoh beberapa bulan.

Ekoran penggantungan Prayut pada Ogos lalu, Timbalannya, Prawit Wongsuwan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri sementara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya