Diberkas polis keluar barisan, dekati keranda Ratu Elizabeth II

Diberkas polis selepas keluar barisan, dekati keranda Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa atas kesalahan ketenteraman awam selepas meninggalkan barisan berkabung untuk mendekati keranda Ratu Elizabeth II, Jumaat lalu.

Muhammad Khan dari Tower Hamlets di timur London akan didakwa di Mahkamah Majistret Westminster, esok.

Polis Metropolitan memaklumkan suspek akan didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Siaran langsung di Westminster Hall tergendala semasa kejadian berlaku sekitar pukul 10.00 malam (waktu tempatan).

“Muhammad Khan, 28, dari Barleycorn Way didakwa semalam dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Ketenteraman Awam iaitu tingkah laku yang bertujuan menimbulkan kebimbangan, gangguan atau kesusahan.

“Dia akan hadir dalam tahanan di Mahkamah Majistret Westminster esok,” kata polis dalam kenyataan.

Muhammad adalah individu kedua yang didakwa melakukan kesalahan semasa orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk melihat jasad mendiang dalam keranda.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa menolak orang lain dari belakang ketika sedang berbaris di Victoria Tower Gardens, Rabu lalu.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN