China luluskan penggunaan vaksin Covid-19 versi sedutan - Utusan Malaysia

China luluskan penggunaan vaksin Covid-19 versi sedutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: CanSino Biologics China, hari ini memaklumkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan mereka baru-baru ini sudah diluluskan pengawal selia ubat negara bagi kegunaan kecemasan sebagai penggalak, sekali gus berpotensi memberi manfaat kepada perniagaannya.

Syarikat itu dalam satu pemfailan berkata, vaksin Covid-19 vektor adenovirus CanSino versi sedutan itu sudah mendapat kelulusan Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menyuarakan kebimbangan akan menghadapi persaingan sengit daripada vaksin lain di China yang juga sudah mendapat kelulusan kerajaan atau sedang menjalani ujian klinikal.

“Kelulusan ini akan memberi kesan positif kepada prestasi syarikat jika vaksin berkenaan kemudiannya dibeli dan digunakan oleh agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, hab teknologi selatan China di Shenzhen akan menerima pakai langkah sekatan antivirus berperingkat mulai hari ini, manakala metropolis barat daya Chengdu mengumumkan lanjutan sekatan pergerakan ketika negara itu bergelut dengan penularan baharu.

Shenzhen yang melaksanakan sekatan pergerakan hujung minggu lalu, mengumumkan pusingan baharu ujian Covid-19 dan berikrar ‘menjaga semua sumber yang ada, menggerakkan semua pasukan dan mengambil semua langkah yang mungkin’ untuk keluar daripada pandemik.

Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Guangdong, semalam berkata hab teknologi China melaporkan 71 jangkitan tempatan baharu Covid-19 kelmarin, berbanding 89 kes direkodkan Sabtu lalu.

China berpegang pada dasar sifar Covid-19 yang ketat walaupun kebanyakan negara lain sudah melonggarkan sekatan dan memilih untuk hidup bersama virus itu menyebabkan penularan baharu menjadi risiko utama kepada ekonomi kedua terbesar dunia berkenaan.

Berdasarkan anggaran majalah kewangan China, Caixin, sebanyak 33 bandar ketika ini masih berada di bawah sekatan separa atau penuh dan menjejaskan lebih 65 juta penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN