Bapa bunuh kucing peliharaan anak kerana mencuri makanannya - Utusan Malaysia

Bapa bunuh kucing peliharaan anak kerana mencuri makanannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didakwa membunuh kucing peliharaan anak perempuannya hanya keranai haiwan itu mencuri bebola daging yang dimakannya.

Anak perempuan lelaki itu yang berusia 25 tahun membuat laporan kepada Yayasan Pemantau Thailand (WDT) untuk memberi pengajaran kepada bapanya yang bersikap kejam terhadap haiwan.

Wanita itu menuduh bapanya yang berusia 69 tahun membunuh kucingnya pada Sabtu lepas.

Wanita itu turut memaklumkan kepada media dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya, malah sudah tidak tinggal sebumbung dengan lelaki itu kerana sikap panas barannya.

Wanita tersebut memberitahu, dia mungkin tidak akan bercakap lagi dengan bapanya berikutan insiden itu, namun masih mempunyai hubungan baik dengan ibunua.

“Ayah selalu menggunakan perkataan tidak sopan ketika berbual dengan saya, menyebabkan saya tidak mahu lagi bercakap dengannya.

“Kini, saya hanya berbaik dengan ibu dan akan berusaha menjaga hubungan tersebut,” katanya.

Terdahulu, wanita itu meminta ibunya menjaga kucing peliharaannya berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Hachi ketika dia keluar daerah pada minggu lalu.

Kucing itu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah kerana ibu bapa wanita itu membela arnab.

Wanita itu sering memeriksa lokasi kucingnya, namun tidak mengesan kedudukannya sebelum pulang dan bertemu dengan bapanya.

“Ayah saya cuba memberi pelbagai alasan mengenai kehilangan Hachi sehinggalah dia mengakui dia bunuh kucing itu hanya kerana Hachi mencuri makanannya.

“Sejurus itu, saya buat laporan polis kerana saya mahu ayah hormati hak orang lain dan juga dijadikan pengajaran kerana bersikap kejap terhadap haiwan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya