Asteroid rempuh bumi esok

Asteroid rempuh bumi esok

NASA akan menggunakan robot kapal angkasa lepas, The Double Asteroid Redirection Test (DART) bernilai AS$325 juta (RM1.3 bilion) bagi menjayakan misi itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Penduduk bumi tidak perlu bimbang mengenai amaran asteroid yang berkemungkinan merempuh bumi pada pukul 7.14 malam (waktu tempatan), 26 September ini. 

Jaminan itu dijanjikan oleh pasukan saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang sudah merangka langkah pencegahan bagi mengubah laluan asteroid dinamakan Dimorphos dengan lebar 170 meter. 

NASA akan menggunakan robot kapal angkasa lepas, The Double Asteroid Redirection Test (DART) bernilai AS$325 juta (RM1.3 bilion) bagi menjayakan misi itu. 

Kapal angkasa lepas dengan berat kira-kira setengah tan itu akan bergerak pada kelajuan lebih 6.4 kilometer (km) sesaat untuk bertembung dengan Dimorphos yang akan berada kira-kira 10.8 juta km dari bumi pada masa impak. 

Misi tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi NASA TV dan saluran YouTube agensi itu.

Projek Teleskop Maya yang berpangkalan di Rome juga bekerjasama dengan beberapa balai cerap di Afrika Selatan serta menyiarkan sasaran asteroid pada masa nyata melalui masa impak yang dijadualkan.  

Ahli astronomi memberitahu sesiapa yang berpeluang menonton pada waktu itu berkemungkinan dapat melihat perubahan kecerahan asteroid akibat pelanggaran tersebut. 

Misi itu juga membangkitkan kenangan mengenai filem bencana Hollywood seperti Armageddon atau Deep Impact. 

Namun, misi kali ini adalah sangat nyata dan sebenarnya merupakan sebahagian daripada ujian pertahanan planet pertama NASA. 

Pengarah Pejabat Koordinasi Pertahanan Planest NASA, Lindley Johnson berkata, DART adalah ujian pertama kerana kapal angkasa itu direka bentuk untuk beroperasi sepenuhnya secara autonomi sekali gus menjadi jentera tanpa pemandu untuk misi itu. 

Jelasnya, objektif utama kali ini adalah menguji keupayaan DART menghalang sebarang kemungkinan termasuk sekiranya berdepan asteroid paling berimpak tinggi sekali gus menyelamatkan bumi pada masa depan.  

“Matlamat kami dari awal lagi adalah bukan sahaja mencari asteroid tetapi mengusahakan teknologi dan teknik yang boleh digunakan untuk melencongkan asteroid daripada trajektori hentaman,” katanya.-AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya