Tiga asteroid hampiri bumi lusa ? - Utusan Malaysia

Tiga asteroid hampiri bumi lusa ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang menjejaki tiga asteroid yang dijangka menghampiri orbit bumi pada Isnin ini.

Lapor Daily Star, salah sebuah batu angkasa itu dikatakan hampir sebesar monumen terkenal di Paris, Arc De Triomphe yang setinggi 49.98 meter dan 45.11 meter lebar.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) percaya asteroid paling besar dalam kalangan tiga batu angkasa itu berukuran 46.9 meter lebar.

Batu angkasa yang diberi nama 2022 CF3, dijangka melepasi bumi pada jarak 2.4 juta kilometer (km) jauhnya.

CF3 dilaporkan bergerak pada kelajuan kurang daripada 14484.1 kilometer sejam (km/j).

Menurut NASA, dua lagi batu angkasa diberi nama 2020 DF dan 2022 CF1

Bagaimanapun, ketiga-tiga batu angkasa itu dijangka tidak akan bertembung dengan bumi.

Sementara itu, komet paling besar dijangka melepasi bumi pada awal Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya