AS sedia bertindak balas jika Russia guna nuklear - Utusan Malaysia

AS sedia bertindak balas jika Russia guna nuklear

PUSAT beli belah Retroville yang musnah selepas dibedil tentera Russia di barat laut Kyiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran akan bertindak balas sekiranya Moscow menggunakan senjata nuklear di Ukraine, susulan Menteri Luar Russia, menegaskan akan memberi perlindungan penuh kepada kawasan yang diambil alih pihaknya jika wilayah yang mengadakan referendum dikritik secara meluas.

Empat wilayah timur Ukraine yang dikuasai Russia sejak Februari lalu, memulakan pungutan suara untuk hari ketiga sejak semalam.

Dengan memasukkan empat kawasan Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia ke dalam Russia, Moscow boleh menggambarkan serangan merebut semula sebagai serangan ke atasnya sendiri, dan sebagai satu amaran kepada Kyiv dan sekutu Barat.

Semalam, Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan berkata, Washington akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang penggunaan senjata nuklear Russia terhadap Ukraine, malah menyatakan kepada Moscow bakal berdepan malapetaka.

“Jika Russia melepasi garisan ini, mereka akan hadapi malapetaka. AS akan bertindak balas dengan tegas,” katanya menerusi program Meet the Press NBC.

Amaran terbaharu susulan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Rabu lalu menyatakan beliau sedia menggunakan sebarang senjata termasuk nuklear bagi mempertahankan wilayahnya.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dalam sidang media menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.

Ditanya mengenai pihaknya mempunyai sebab menggunakan nuklear bagi mempertahankan wilayah dikuasai, beliau berkata, wilayah Russia, termasuk wilayah yang ‘bakal dimaktubkan’ dalam perlembagaan Russia pada masa depan, ‘adalah di bawah perlindungan penuh negara’.

Ukraine dan sekutunya menolak pungutan suara sebagai satu penipuan yang direka untuk mewajarkan peningkatan perang dan usaha mobilisasi oleh Moscow selepas kekalahan di medan perang baru-baru ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.