90 peratus pensyarah universiti swasta tidak sihat

90 peratus pensyarah universiti swasta tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 90 peratus pensyarah daripada keseluruhan 3,128 Universiti Swasta (PTS) di Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan mengalami kesukaran dalam operasi. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa X Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dari Fraksi Demokrat, Dede Yusuf berkata, baki 10 peratus yang lain masih dalam keadaan baik.  

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, kerajaan akan membuat penggabungan universiti, lapor Kompas.com. 

Ini bermakna, jelasnya, universiti swasta yang tidak sihat akan menyertai universiti swasta yang sihat. 

Bagaimanapun, timbul masalah baharu yang dihadapi seperti kesenjangan antara PTS dan Perguruan Tinggi Negeri (PTN). 

“Bimbingan atau bantuan yang diperuntukkan kepada universiti swasta adalah kurang enam peratus daripada bajet. 

“Sedangkan, universiti negeri menerima kira-kira 94 peratus daripada jumlah bajet dalam perbelanjaan negeri.

“Dikotomi ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan PTN dan PTS mempunyai tanggungjawab sama meningkatkan penyertaan pengajian tinggi,” katanya. 

Menurut Dede, isu kedua adalah masalah kualiti yang perlu diberikan perhatian. 

Katanya, cabaran yang perlu dihadapi oleh PTS adalah proses pendidikan yang terjamin dengan pengurusan yang berkualiti. 

“Pada masa ini, PTS mendidik sebanyak 72 peratus pelajar. 

“Usaha PTS untuk menambah baik kemudahan, infrastruktur, kualiti pensyarah dan graduan perlu disokong kerajaan,” jelasnya. 

Dede berkata, isu ketiga adalah masalah kerelevenan subjek ditawarkan universiti. 

Jelasnya, dunia industri memerlukan ramai graduan kejuruteraan terlibat dalam industri pembuatan. 

Sedangkan, universiti masih banyak menawarkan pendidikan berasaskan sosial. 

Masalah terakhir, jelas beliau adalah isu persaingan universiti yang merupakan perkara penting bagi menggalakkan universiti swasta memajukan diri menjadi universiti penyelidikan untuk menghasilkan jurnal paten dan hak harta intelek. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN