19 maut minum alkohol beracun di Maghribi - Utusan Malaysia

19 maut minum alkohol beracun di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan puluhan lagi dimasukkan ke hospital selepas minum alkohol beracun dari sebuah kedai tepi jalan di utara Maghribi.

Menurut pegawai kementerian kesihatan, hospital menerima sembilan mayat mangsa pada Selasa lalu dan angka kematian kini meningkat kepada 19 orang.

Jelasnya, kira-kira 30 orang dalam keadaan kritikal dibawa ke hospital, dengan dua masih di unit rawatan rapi (ICU).

Seorang jururawat di hospital di Ksar El Kebir berkata, mangsa mengalami sakit kepala, muntah dan kekejangan perut.

Sementara itu, Direktorat Jeneral Keselamatan Negara (DGSN) dalam satu kenyataan memaklumkan polis berjaya menahan seorang suspek berusia 48 tahun yang mempunyai kaitan dengan insiden itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa dipercayai membeli alkohol toksik di kedai suspek.

Pasukan penyiasat menemukan kira-kira 50 liter cecair tersebut di kedai berkenaan.

Undang-undang Maghribi melarang penjualan alkohol kepada orang Islam namun bahan itu mudah didapati di bar, restoran dan kedai selain dijual secara rahsia kepada orang ramai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.