Vaksin Covid-19 Indonesia dinamakan Inavac dan Indovac

Vaksin Covid-19 Indonesia dinamakan Inavac dan Indovac

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Kawalan Ubatan dan Makanan Indonesia (BPOM) menyatakan Presiden Joko Widodo (Jokowi) sudah bersetuju dengan dua nama untuk vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh negara ini.

Dua nama tersebut adalah Inavac dan Indovac.

Ketua BPOM, Penny K Lukiyto berkata, vaksin Inavac dihasilkan oleh pasukan saintis dari Universiti Airlangga dengan kerjasama PT Biotis Pharmaceutical Indonesia.

Indovac pula dibangunkan oleh PT Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor.

“Kedua-dua nama itu sudah dipersetujui oleh presiden dan sudah tiba masanya kita ketengahkan vaksin buatan sendiri,” katanya kepada CNN Indonesia.

Jelas Penny, kedua-dua vaksin tersebut sudah pun memasuki fasa ujian klinikal tahap tiga dan akan memohon kelulusan penggunaan kecemasan dalam tempoh terdekat.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kelulusan itu mungkin diberikan pada September ini.

“BPOM juga menilai kedua-dua vaksin itu sama ada ia boleh digunakan sebagai suntikan dos penggalak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN