Ukraine dakwa tembak depot peluru Russia - Utusan Malaysia

Ukraine dakwa tembak depot peluru Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya menembak depot peluru Russia berhampiran sebuah jambatan penting di selatan negara itu.

Malah, tentera Ukraine menegaskan pihaknya kini berupaya menyerang hampir semua laluan bekalan Moscow di wilayah yang diduduki.

Katanya, serangan itu mengakibatkan 11 anggota tentera Russia terbunuh di depoh terletak di perkampungan Vesele, kira-kira 130 kilometer (km) menyusuri sungai Dnipro dari loji tenaga nuklear Zaporizhzhia yang diduduki Russia.

Setakat ini, pihak berkuasa Russia masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung insiden serangan di wilayah Kherson itu.

Jurucakap komander tentera selatan Ukraine, Natalia Humeniu berkata, Ukraine berjaya meletakkan hampir semua laluan bekalan Russia dibawah `kawalan tembakan’.

Ia bermaksud Ukraine boleh menembaknya dengan menggunakan senjata jarak jauh dengan sesuka hati.

“Pasukan tentera kami mengawal keadaan di selatan walaupun musuh cuba membawa masuk rizab meskipun hampir semua saluran pengangkutan dan logistik diserang atau berada di bawah kawalan tembakan kami,” katanya.

Menurut Ukraine, pihaknya mampu menyerang puluhan depot peluru Russia susulan sistem peluru berpandu pelbagai pelancaran jarak jauh, seperti HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya