Tidak serang Taiwan, China cuma lepas geram kepada AS

Tidak serang Taiwan, China cuma lepas geram kepada AS

TENTERA Pembebasan Rakyat (PLA) melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan di luar pantai timur Taiwan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Latihan ketenteraan China di sekitar Taiwan mencetuskan pelbagai persoalan termasuk adakah negara itu sudah bersedia untuk menyerang Taiwan seperti Russia menceroboh Ukraine?

Akhbar Global Times menyifatkan latihan ketenteraan itu sebagai ‘latihan penyatuan’ antara China dengan Taiwan.

“Sekiranya berlaku konflik ketenteraan pada masa akan datang, kemungkinan latihan ketenteraan yang diadakan ketika ini akan ‘diterjemahkan secara langsung kepada operasi pertempuran’,” lapor akhbar itu yang memetik penganalisis tentera China, Song Zhongping.

Di sebalik semua retorik, kebanyakan pakar menegaskan China dan Amerika Syarikat masing-masing tidak mahu peperangan di Taiwan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

“Apa yang dilakukan China ketika ini adalah amaran kepada AS dan Taiwan, tidak lebih daripada itu.

“Beijing hanya mahu menunjukkan keupayaan tentera mereka, namun Presiden Xi Jinping tidak mahu berperang dengan AS dan beliau juga tidak membuat keputusan untuk serang Taiwan,” kata Pengarah Program Asia di German Marshall Fund AS, Bonnie Glaser.

Namun, jika China masih berhasrat untuk menawan Taiwan, mereka perlu berdepan dengan risiko yang besar iaitu lebih 100,000 tenteranya perlu merentasi Selat Taiwan dan ketika itu, tentangan hebat akan diberikan oleh Taipei.

Serangan itu juga bakal memburukkan lagi hubungan China dengan AS.

Kelmarin, China melancarkan latihan ketenteraan yang disifatkan terbesar di sekitar Taiwan, menyaksikan Beijing melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik dan menggerakkan jet tempur serta pesawat pengebom.

Taiwan memaklumkan China melancarkan 11 peluru berpandu, manakala Jepun pula memberitahu lima peluru berpandu jatuh di zon eksklusifnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya