Tapak kaki dinosaur kelihatan selepas sungai di Texas kering

Tapak kaki dinosaur kelihatan selepas sungai di Texas kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Jejak dinosaur yang hidup kira-kira 113 juta tahun lalu dikesan selepas sebuah sungai berdekatan Fort Worth menjadi kering akibat cuaca panas melampau dan kemarau.

Bekas tapak kaki reptilia gergasi itu dikesan di Dinosaur Valley State Park di dasar sungai yang sudah kering.

Selama ini, Sungai Paluxy diliputi air serta sedimen sebelum menjadi semakin cetek sehingga menampakkan jejak dinosaur itu.

Pegawai tempatan memaklumkan ia mungkin jejak terpanjang yang ditinggalkan seekor dinosaur di Amerika Utara.

Bagaimanapun, jejak tapak kaki itu hanya kelihatan selama beberapa hari sebelum lenyap semula selepas hujan turun dan air sungai kembali naik.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya